Cara-Cara Penanaman Gaharu

Mari bincangkan?

Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby alamfana on Wed Jan 07, 2009 11:47 am

Boleh saya dapatkan sedikit info mengenai cara penanaman pokok gaharu yang betul. Juga mengenai cara penjagaannya, baja yang digunakan, serangan penyakit dan cara untuk mengatasinya serta maklumat yang perlu, lebih-lebih lagi bagai 1-2 tahun pertama proses penanaman. harap dapat input dari anda semua. t. kasih.
alamfana
 
Posts: 1
Joined: Wed Jan 07, 2009 11:41 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby papa on Fri Jan 09, 2009 12:41 am

hi.. yang saya tahu pokok gaharu amat mudah tanam, senang jaga. first tanam kena la jaga dulu siram, kasi teduhan then bila tanah asal dengan tanah polibeg dah bersatu, pokok dah boleh hidup sendiri. dalam 1 month dia dah segar. ***a 1st and 2nd year kena la baja sikit. ***a apa yang saya tahu pasal penyakit, setengah tu mudah kena serang kulat putih terutama tempat yang redup dan kurang cahaya tapi ubat dia ada jual kat kedai baja dan racun pokok... spray je... selamat mencuba.
papa
 
Posts: 2
Joined: Fri Jan 09, 2009 12:26 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby agri prima on Thu Apr 16, 2009 8:22 am

hello,
saya dah tanam lebih kurang 1000 pokok gaharu, boleh kah tanamam pisang dan limau kapas ditanam diperantaraan pokok gaharu? kalau boleh, berapa jarak antara pokok tersebut?
agri prima
 
Posts: 1
Joined: Wed Apr 15, 2009 11:30 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby samuri on Thu Apr 23, 2009 11:46 am

saya berminat untuk menanam pokok karas ini, nak tanya kepada otai-otai bolehkah pokok ini ditanam dicelah-celah pokok getah dan apakah risikonya
samuri
 
Posts: 1
Joined: Thu Apr 16, 2009 11:34 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby altazz alzattara on Fri Jul 24, 2009 11:18 am

sekadar bertanya,

ke mana arah dan tuju projek gaharu sekiranya lepas kiter tanam pokok gaharu nie, dan kat maner kiter nak jual hasilnyer.sbb saya baru taman lebih kurang 500 pokok di kelantan.tapi sekarang saya nak tengok market utk jual kayu gaharu adakah senang utk dijual? atau sebaliknya.saya ader stok kayu gaharu lebih kurang 70kg tapi susah utk cari buyer, itu yang menbuatkan saya terfikir :roll: maner arah tuju projek gaharu yang digembar-gemburkan....adakah sekadar tanam ajer tapi tak tau kemana...nak jual.
altazz alzattara
 
Posts: 1
Joined: Fri Jul 24, 2009 10:48 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby saza on Tue Sep 01, 2009 10:46 am

Saya berminat dengan projek tanaman gaharu ni.. Mana boleh saya dapat benih pokok? saya bercadang untuk tanam subintegra.. dalam 10000 pokok.. ada sesiapa yang boleh bantu?
saza
 
Posts: 1
Joined: Tue Sep 01, 2009 10:32 am

Re: Cara-Cara Penanaman Gaharu

Postby Zulkifli on Fri Sep 18, 2009 5:56 am

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penanaman pokok gaharu ini..
Boleh tak sesiapa bantu untuk maklumat tentang benih, harga benih dan lain2 yang berkaitan.
Terima kasih.
Zulkifli
 
Posts: 1
Joined: Fri Sep 18, 2009 5:50 am
---------


Return to Penanaman Gaharu

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests